Pages

Subscribe:

Sabtu, 1 Jun 2024

2024 : A New Restart

Hi Awak awak semua!!

It's been a long time, sj tak post apa apa to this blog. Busy with work and study that make me forget this blog. Rasanya the last post was around like 10 tahun lepas. 

Actually gurls, I have a few drafts that I never posted. But I do try to post it from time to time. So stay tuned okay. I will pull all of that out from the gutter hahaha. 

Dalam 10 tahun ni, Sj dah tamatkan pengajian Sj then Sj juga banyak travel sana dan sini. I been thinking untuk change this blog kepada travel blog. Share tips itu dan ini dengan korang semua. Let's see kalau impian itu menjadi kenyataan. 

Well, that the end itu post kali ni. Kita jumpa di post akan datang. 





Khamis, 23 Julai 2015

Come back home (^^,)v

Assalamulaikum!!!

Selamat tengahari,

Selamat Hari Raya Semua

Lama sangat tak post kat sini... Sj tengah tahun ketiga di UTM plus dengan kerja lagi memang dah makan banyak sangat masa

Sekarang ini Johor dah tukar cuti minggu Jumaat dan Sabtu maka dah susah nak susun semula. Kebiasaanya hari Ahad tu dah masuk kerja sekejap untuk cover balik kerja yang tertinggal hati Sabtu dan Jumaat.

So, dah banyak cerita-cerita yang tertinggal nak dikhabarkan dekat sini.. Rindu teramat nak menaip and nak blogwalking ke semua blog-blog yang ada..

So di kesempatan ini, Sj nak cakap Selamat Hari Raya Aidilfiltri, Segala salah dan silap mohon dimaafi jikalau ada penulisan yang menggores perasaan yang terlebih kata harap dimaafkan


Sabtu, 6 Disember 2014

Trip Kaki Jalan ke Gopeng, Perak - Hiking, Caving, White Water Rafting, Waterfall Abseiling!!

Assalamulaikum !!!

Setelah berbulan-bulan plan nak pergi buat aktiviti buang tabiat sikit bagi orang yang dah mula berkerja (plus yang sambil belajar ni... huhuhu) So my team Kaki Jalan decide untuk pergi ke Gopeng, Perak salah satu negeri yang mempunyai banyak aktiviti lasak yang boleh dilakukan. Dengan gua yang beratus sehingga la kepada jeram- jeram begitu ganas untuk korang semua tawan... plus dengan gunung ganang dan bukit bukau yang cukup bagi korang semua pancit untuk naik sampai ke puncak ... ayat hiperbola habis ... hahahaha

Kaki Jalan pergi 3 hari 2 malam dari 22hb Nov hingga ke 24hb Nov 2014... kebanyakan team kaki jalan berasal dari Johor makanya perjalanan itu kitorang mulakan jumaat malam sabtu lagi lepas Sj habis kelas termo .. huhuhu

 Sampai sana lebih kurang dalam 8.30 pagi berjumpa dengan our guide  encik faizal ni dari team SOS adventure ... dah banyak dah aktiviti dorang anjurkan...

masa ni separuh orang dah hilang pi refreshkan diri

then dah jumpa En Faizal ... Kitorang pun bergerak pergi ke kitorangnye penginapan... awal-awal plan nak tidur khemah.. so bergasak kitorang beli sleeping bag .. last-last tak pakai pun disebabkan musim hujan kang tak tidur pulakk nanti ... tidur je la dalam dorm

so aktiviti pertama untuk trip kitorang kali ni adalah hiking or jungle trekking ... hiking bahasa  tinggi sangat la ... hahahaha kitorang mendaki bukit batu putih yang menyebabkan Sj pancit and termengah-mengah ... hahaha tu la lama sangat tak buat aktiviti camni and of course badan dah gemukkan ...

naik lori weyh kitorang... macam kambing sudah!!
ad style tak?? hehehe
















macam-macam dok ada.. peninggg arrrr
Usah ditanya tentang pacat ea.. banyak tidak terkata .. geli ooooooooooo
malam tu pulakk kitorang nightwalk ... tak rasa nightwalk sangat pun tapi seronok gak merayap rayap dekat kampung orang ni ... hahaha

Bersama dengan guide Jai, Rejab and Faizal
Habis aktiviti nightwalk tu, kitorang balik and tidur dengan lena hingga ke pagi ...
Jeng-jeng esok pagi yang paling best pasal time ni lah kitorang buat aktiviti air ... Waterfall Abseiling and white water rafting

Model-model  pelancongan ... hahaha
Best ooo... rasa nak turun sepoloh kali je!!!
Yeah!! let's do it ahak ahak

dua gambar kat atas ni semua masa waterfall abseiling... Memang sukan yang mencabar .. Kalau yang tak berfikiran positif mesti rasa tak mahu nak teruskan ... Tapi guide kitorang Incik Jai.. memang superb... Dia nye arahan simple and sangat mudah untuk follow. Nasihat Sj pada sesiapa nak buat aktiviti seperti ni ... dengar nasihat dari guide sangat penting kalau tak nyawa anda mungkin melayang... Oppps thank you jugak untuk Incik faizal dengan Incik Rejab... sebab sentiasa tolong kitorang sepanjang aktiviti ni berlangsung ...

Next !! White water rafting benda yang Sj paling idam-idamkan... akhirnya berjaya juga Sj harungi walaupun hampir lemas... hahaha Takde gambar masa tengah redah jeram sebab takde sape-sape pun yang bawa kamera time ni ... takut basah !!

Tengah aim monyet yang bergayutan ... padahal takde pun ... huhuhu
seronok main air sungai!!
dah puas main air siang tu ... malam kitorang just BBQ je plus dengan karaoke yang ditaja khas oleh kitorangnye owner denai village... Owner ni memang best ..masakan dia semua memang sedap and layanan dia tiptop.. Sj suggest kat korang untuk menginap kat sini .. memang berbaloi baloi..

Artis-artis yang dijemput khas... huhuhu
BBQ time!!
Lepas BBQ ni ada upacara khas ... Misi mengenakan orang dan meyelamatkan diri sendiri... hahaha maka inilah hasilnye .. huhuhuhuhahahaha

Pernah tengok senario punyer movie... Ni la artis nye motre-motre!! hahaha
Hahaha okay-okay kita sambung story ... Esok kitorang punya agenda adalah caving ... last but not least ... tapi pagi tu sempat lagi nak bergaya dengan kenderaan lama.. apakah dia ... Tu dia!!
hah!! ko ado??

minah remp..... tetttttttt
GOAL!!!!!

Caving time!! destinasi pilihan Gua Tempurung!! Memang best and rare... Subhanallah , Allahuakhbar seperti tidak lekang dimulut sebab begitu besar kuasa Allah... Apa yang rare ? Apa yang best sangat? Korang pergi lah cari mana gua yang ada pi tengok sendiri baru tahu but make sure kena ada wajib ada guide okay!!
masa ni sangat gelap... kitorang tutup semua headlamp and snap picture dalam night mode

Okay sekaranag berenang macam penyu!! hahaha

Ni time dah keluar dengan basah lencun nye!!
TERBAEKK!!!
then habis je keluar, peyampaian sijil oleh Incik Faizal and Caving Guide kitorang Incik Syakir ...

Puas tapi penat!!
Budak gemuk ... hahaha
Sj terpaksa short kan story ni.. sebab rasa entry kali ni dah terlalu panjang ... Ada masa Sj akan story lagi satu demi satu punya aktiviti baru la matap kan... and also pengalaman Kaki Jalan pergi tioman .. apa? bagaimana? siapa? tunggu okay ... Untuk Kaki Jalan you are the best guy !! see you at next trip ! To SOS adventure korang nye team memang terbaek!!

Simple entry but hope korang enjoy !!

Ahad, 10 Ogos 2014

5 Trick To Get Slimmer

Entry sebelum ni dah janji nak bagi ni.. So here it is :)

1. Prune
Kita selalu dimomokkan dengan kandungan gulanya yang tinggi but dengan 2 gengam prun satu hari boleh tolong untuk kuruskan badan. Sebab prun akan membuatkan kita rasa kenyang dengan masa yang lama. Tapi prun memang terkenal sebagai ubat cirit birit so nak elak dari perut meragam tu makan la dalam kuantiti yang sedikit dulu ye. 

2. Gosok gigi
Gosok gigi adalah salah satu cara untuk bagi signal kat otak kita bahawa masa untuk makan dah tamat. So kalo rasa susah nak berhenti makan tu, apa kata lepas makan gosok gigi so takde la masa lagi korek-korek cari snek kan 

3. Dapur atau ruang makan kaler biru or hijau
Menurut satu kajian kalau kita warnakan dapor kita dengan rona hijau atau biru ia akan menyebabkan nafsu makan anda terbantut. Macam mak long Sj, dia memang tak leh tengok makanan yang kaler biru even air kaler biru pun wat dia tak lalu nak makan silap-silap tahun dia boleh muntah.. So rase nak try boleh la makan dengan pakai pinggan biru and cawan kaler biru gak... 

4. Boring Diet
Biasanya orang yang nak diet memang suka makan veggie je memang forbid la kalo nak makan ayam ke ikan sebab takot kolestrol. Tapi bila amal diet camni mesto bosan so let’s try besar kan jenis makanan intake.. So takdela hari-hari makan celery je kan ... So tak la bosan 

5. Epal
Makan epal sebelum lunch atau dinner boleh jadi satu pemangkin untuk lost weight. Selain dari mempunyai sumber fiber yang tinggi ia jugak membantu penghadaman. So dengan itu ia dapat mengawal gula dalam darah. Dalam islam sendiri, dah beritahu makan buah sebelum makan. 

Perkara atau Fakta Pelik Penyebab Gemuk

Sj memang dari zaman sekolah hinggalah tamat diploma memang kurus and berat sekitar 45kghingga 50 kg but when start keje je berat badan Sj naik agak mendadak mencecah sampai 60kg something (dah lama tak timbang so xsure brape... )

Sj agak peliklah kenapa boleh jadi camtu sekali, then terbaca pasal ni ... and maybe one sort of thing adalah reason ini.. mungkin ia betol atau tidak tapi tiada ape yang impossible dalam dunia ni kan .. let check it out what the reason ... 

Apa yang menyebabkan anda gemok?

1. Langsir
percaya atau tidak langsir rumah anda adalah salah satu puncanya. Dalam beberapa study menunjukkan jika langsir anda boleh tembus cahaya lebh banyak maka berkemungkinan peratus untuk gemuk itu tinggi... Why? sebab pendedahan terhadap cahaya pada telah diketahui akan mengakibatkan hormon dan metabolisma meningkat. Pada yang suka tidor dalam keadaan terang mean tak suka tutup lampu tu, dengan cara camni mungkin waistlines anda telah pun lari so sila kejar ... huhuhuhu also BMI anda mungkin naik jugak so malam better berada alam gelap sahaja ... That's why Allah jadikan malam itu gelap... 


2. Aircond or Penghawa Dingin

Ini Sj agak bersetuju, bila lama sangat duduk dalam bilik yang berhawa dingin camni badan kita akan jadi malas. Biasanya kita akan control suhu supaya dia tak jadi panas and sesuai dengan badan kita kan... So proses pembakaran lemak tu tak berlaku.. Bila proses pembakaran tak berlaku maka how lemak nak keluarkan.. sebab badan kita akan regulate dia own temperature untuk manbakar kalori. kenapa Sj setuju sebab Sj pun kerja dalam suhu yang rendah... kalonight shift kadang-kadang suhu smpai jadi 19°C tapi bila terasa panas kita rendahkan lagi suhu supaya tak berpeluh and also takdela badan bau asammmm ...

3. Too much cardio exercise... 
at first Sj tak beberapa setuju dengan pernyataan dia sebab bagi Sj lagi lama bersenam lagi banyak lah kan kalori yang terbakar tapi come to think kalo badan kita sudah biasa dengan rutin yang sama lama-lama ia sudah terbiasa and effect tu dah tak sampai la kan ... because it get to use of it... herm so let's try exercise yang lebih pendek dengan intensiti yang berbeza...  and have a study that prove this thoery tau ... huhuhuuhu 

4. Photography makanan
Standard zaman sekarang apa yang dimakan semua nak ambil gambar and upload tu laman sosial tak kira instagram ke facebook mahupun twitter. Well sebenarnya habit ni nampak macam tak bersalah tapi sebenarnya dia boleh mempengaruhi eating habit.. Sebab terpengaruh dengan makanan yang dipaparkan.. So masa tu la kata ish kene try ni, so sibuk la cari once dah sedap memang makan tak ingat dunia... Asyik makan aje ... Mana tak gemok kan ... Hahahah

5. Multi Task
Bila banyak sangat kerja atau perkara yang nak diselesaikan mula la kita ni jadi stress atau mengalami tekanan. Yup memang tak dinafikan ramai orang yang boleh handle banyak perkara dalam satu masa tapi ianya tetap akan memberi tekanan. Bila rasa tertekan ni datang masa ni la ramai yang akan memilih untuk makan mengikut nafsu hahahaha.. Betol tak? Macam Sj pun, kerja sebagai seorang test tech ni kadang - kadang stress gak sebab kene handle multi of test plus additional yang lain-lain tu kan ... So bila tertekan biasanya Sj balik kerja sebagai pam minyak cari aiskrim hahahaha bagi sejuk kan hati ... Hahahahah

So that is the reason ... Next entry is about trick to get slimmer huhuhuhu see you soon 

#pray4gaza

Selasa, 22 Julai 2014

Homeless Man - What the goverment action?



Well lately nie dengan MH17 and awhile ago with issues yang homeless people akan diambil tindakan tak kira sama ada pemberi ataupun penerima. Bagi Sj tiada salahnya untuk memberi sebab Allah dah beritahu dalam setiap rezeki yang kita dapat , adanya rezeki untuk orang lain dan mungkin jugak dalam rezeki kita terkandung rezeki mereka ni.. Why not kita yang hidup sedikit selesa ni memberi.... Kalo harapkan pihak berwajib memang haram la jawabnye.. banyak sangat alasan nya... well bulan baik ni ringan kan tangan, jernihkan hati untuk memberi sedikit untuk mereka.. Hari ni hari mereka, hari esok mungkin hari kita kan ... (^^)v