Pages

Subscribe:

Ahad, 27 November 2011

Makanan Untuk Otak

Hari ini aku nak bagi info pasal makanan untuk otak... otak ni perlukan makanan gak aw... otak kita ni takde la demand sangat pun .. dia tak nak KFC k McD k or what so ever yang lain-lain tu... meh sini aku bagi list makanan yang bagus untuk otak in term of dari aspek para ilmuwan islam... maksud aku makanan ni para ilmuwan islam yang selalu amalkan ... why not kita juga amalkan ... Aku rasa semua sedar betapa hebatnya ilmuwan dan geniusan islam kita dulu like Ibnu Batuta manusia pertama yang menjumpai petroleum, malah dia gak banyak mengembara di seluruh dunia..

  1. Madu
    - Dalam Al Quraan sendiri telah tersebut madu ni sebagai syifa ... RAJA UBAT... malah baru- baru ni saintis barat pun telah menyatakan madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.. didalam nya terdapat pelbagai jenis vitaman antiseptik protein dan macam-macam lagilah ..

    cara makan : 2 sudu teh pagi dengan malam ...
    pantang: jangan makan dengan  tembikai ... sangat bahaya!!!

  2. Kismis
    -Mengandungi zat besi yang penting untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. bila kurang oksigen menyebabkan korang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan lepas tu nak fikir pun lambat jadinya

    cara makan:
    i )Menghadap Kiblat
    ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
    iii)Baca doa penerang hati
    iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. jangan kunyah macam korang makan kacang aw
    v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari. jangan 21 sekali korang sebat masuk dalam mulut lak.


  3. Susu Segar
    -Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat penting untuk grow body and brain kita. susu mengandungi 6 kelas makanan yang penting untuk badan iaitu protein,kabohidrat, lemak, semua jenis vitamin dan mineral serta air. ia bagus untuk kuatkan tulang belakang,tambah kekuatan otak, baiki penglihatan dan hindari kita dari jadi pelupa. susu yang paling good good ialah susu kambing biri-biri, dan lembu yang segar.

    cara minum: minum pada pagi dan malam

  4. Telur
    - telur ni pun sama kes dengan susu segar banyak khasiat malah saintis pun kata dia antara makanan paling lengkap..  Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur".. Telur paling bagus ialah telur ayam kampung dan telur yang masih baru

  5. Halia
    - halia sangat bagus untuk mengatasi masalah pelupa. selain well as other known bagus untuk buang angin dalam badan . ni boleh makan mentah or korang boleh buat halwa.

    cara makan: makan sikit pada waktu pagi

  6. Limau Oren
    - ni dapat kemaskan korangnya urat jantung dan juga bagi power kat otak korang tu..

  7. Buah Delima
    - ni untuk penerang hati tapi setahu aku sekarang dah susah nak cari dah ni .. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

  8. Daging Burung Merpati
    - daging burung merpati ni dah terkenal sejak zaman raja-raja lagi. kajian telah menyatakan bahawa kanak - kanak yang diberi makan daging burung merpati lebih cepat cakap berbanding yang lain. cara ni memang sangat popular la. sangat efektif untuk kanak-kanak.

  9. Otak Ayam
    - ni aku tak tahu sangat tapi dikatakan boleh buat penawar sementara untuk bisan kene patukan ular.

    cara makan : di masak sup dengan dimasukkan sedikit halia.

  10. Daging Ayam
    - Daging ayam betina yang especially yang virgin  berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

  11. Daging Biri-Biri
    - Menambah darah, memang bagus untuk  orang aktif dan bekerja berat serta boleh meningkatkan kekuatan hafazan. so yang kurang darah tu cuba lah pelagi
  12. Hati
    - terutama hati ayam dengan lembu bagus untuk perkembangan serta kesihatan fizikal dan mental

  13. Kekacang

  14. Buah Badam

  15. Za'Faran
    - ni sangat mahal harganya .. dia kaler merah and berambu-rambu ... digunakan sedikit sahaja

  16. Kemenyam Putih
    - ni ditumbuk halus dan dimakan dengan gula-gula

  17. Bunga Kobis
    -terdapat sejenis asid amino yang bagus untuk mental energy

  18. Bunga Cengkih

  19. Labu
    - Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan
    labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


  20. Buah Kedekai (majalawi)
    - aku tak tahu buah ni ... sape yang tahu tolong beritahu ea... buah ni dikatakan bagus untuk menguatkan hafalan dan juga kekuatan badan.

  21. Minyak Sapi
    -ni boleh bubuh dalam masakan harian dengan kuantiti yang sedikit.

  22. Sayur-sayuran Dan Buah Buahan

p/s cubalah selagi termampu ia dulu masa aku tengah belajar aku memang selalu amalkan susu dan juga kismis sekarang aku amat suka minum madu.. aku pun tak tahu kenapa .. pernah gak aku makan madu dengan cheese cracker sedap ooooo.... jika terdapat sebarang kesalahan harap maaf .. saya budak baru belajar.

Jumaat, 25 November 2011

Tips Nak Mesra Dengan Orang Yang Baru Dikenali

tajuk kat atas tu macam aku nak bagi tips je kat korangkan ... tapi sebenarnya aku nak mintak tolong kat korang ... lagu mana kita nak mesra dengan orang yang baru kita kenali ... i mean kalo kita baru start keje macam aku ni la ... kan payah sikit nak mesra dengan orang ... besenya aku takde masalah sangat dengan hal ni tapi kali ni aku ada masalah lah ... susah lak nak jadi kawan dekat tempat kerja baru ... so aku nak minta tips kat korang semua untuk bantu menyelesaikan masalah aku ni ... PLEASE HELP ME!!!! korang komen kat aku tips nye ... tips yang korang bagi tu ... aku dahulukan Trillionan, Billionan, Jutaan, Ribuan, Ratusan, Puluhan TERIMA KASIH ... muah muah kat korang ... hahahahahahah tolong ea korang ...



Khamis, 24 November 2011

First Day Sj Keje

Tajuk yek-yek je kan ... memang ari ni 1st day aku keje ... bese la hari pertama semuanya okay ... takde yang tak okaynya ... tapi disebabkan wa munya lumah manyak jauh ... badan rasa cam kene hempap dengan jentolak ... itu tak termasuk lagi rasa sakit yang sangat menyengat pada kaki aku ni ... malam ni sebelum tidur kene letak minyak pelincir dulu ni ... bagi setting baik balik semula hahahhaha... aku keje dengan company nama dia SWM Enviroment unit logostik ... buat masa sekarang ahli sidang majlisnya hanya ada 8 orang je ... kitorangnya bos en shamsul and juga en jepri ... okaylah ... ketawa je dok dekat dalam unit ni .. hari ni lepak kat dalam ofis je meeting dan set balik semua dokumen .. esok nak kene keluar pergi sitevisit ... esok bermula la tugas aku sebagai seorang assistant logistic ... huhuhuhuhuhu

p/s aku terlupakan nak cerita kat korang pasal aku dapat dua offer job ... lainkali lah ea... papai

Rabu, 23 November 2011

Harimau Muda

Malam ini Skuad Harimau Muda aku bertemu dengan Syria bagi kelayakan Olimpik ... Terus terang aku kata aku tak letakkan harapan yang tinggi pada dorang pasal ko tengok jela tak silap aku dalam seminggu ini je dia dah main dekat 4 game, 2 game sengit, 3 game main waktu tengah panas terik, lepas tu dengan perlawanan final menentang Indonesia yang sangat teruk kemarin ... dah la kene psiko dengan fans indon .. tak sempat rehat betol-betol dah kene terbang balik ke malaysia plus dengan 3 injured... korang rasa lagu mana tu ... mungkin dorang menang SEA Games tapi tahap kesihatan dorang kita kene tengok gak .. aku agak risau dengan fans fanatik malaysia ni pasal nanti dorang bukan ingat semua perkara ni ... sedap je dia memaki hamun skuad negara kita ni... pada mereka yang menyokong kita tawakal je la ... kalo ada rezeki adalah... kalo takde janganlah dikutuk ye ... jadilah penyokong yang setia jangan waktu menang je sokong ... MARILAH KITA MENYOKONG HARIMAU MUDA !!!!!! oh yeah!!!!



Esok Twilight Breaking Dawn part 1 nak keluar ... so excited nak pergi tengok... boleh tengok jacob... hehehehehe

Khas Untuk Yurn

atas permintaan cik yurn supaya aku menyiarkan gambarnya yang comel ... dia ni memang comel bek hati ,,, cantek lagi cantek kalo dia pkai natural je ... siyes ak cakap ... meh aku bubuh gambar dia kat bawah ni... korang nak jengah cik yurn korang just klik je nama dia tu





....dia sangat cantik kan tanpa make up....


...cantek kan...

p/s kq yurn ... ok x??? hehehhehe



Selasa, 22 November 2011

Aku Pasti Akan Rindukan Kamu

Hello Readers!!!!!  How are you???? seminggu ni aku spent time aku kat KL ... menyertai sebuah kem .. kem apa? itu la yang perlu aku beritahu ... hehehhehe ... JOB CAMP... this camp is under KPT and it running by SCICOM Education ... over there i join group MDEC Batch 11 (MSC)... because my pointer is 3.0 and above ... kat sana kitorang kene selalu speaking untuk improve english skill pasal tu aku cakap BI kat atas tu ... hehehehehe... This camp memang sangat awesome lebih awesome daripada laksa johor yang aku sangat suka tu ...rasa cam masuk tadika balik la kiranya hahahahaha... kelas aku memang superb ... dorang memang sangat menyenangkan ... seminggu aku kat sana alhamdullilah penerimaan dorang memang sangat-sangat baik ... sedih nak tinggalkan kamu semua tapi now i try to catch my dream ... (^^)v doa kan aku ea ...


... ni la gambar aku and the classmate ... takde  dalam gambar tengku, zul, ita dengan wan, queenzhi and pauline dan ina serta yurn...


... waktu rehat ... 


...zul ,, pauline ,, farid...


...tengku ,, sha and the class rap khairul...




... makan time ...


..last day with them..


... 3 awek comel... 


... ada je terselit dak khairul ni ... 


... mama yurn aka drama queen aka queen dancer... huhuhuhuhu...


.. nama kelas aku is MADRID tapi ari ni dorang dah tukar pergi Colombo lak ...

...to be there such a miracle but today feel weird when i not part of them when think that i maybe cannot met them anymore.. sayonara everybody hope that all of you will success in everything you do...

p/s video kat bawah ni khas untuk korang .. DON'T WANT AN ENDING  by sam tsui








Jumaat, 18 November 2011

Banyak Cerita Tapi Takde Masa

 Siyes aku memang banyak story nak habaq mai kat korang tapi .. aku takde masa nak update ... pageview

jangan cerita dah jatuh tangga tergolek-golek dah ni ... hahahhaha well tengok esok .. kalo aku sempat aku

akan update new story ... especially pasal MDEC JOB Camp and delima dalam memilih kerja ... ape tu

MDEC ??Tunggu aku nye next entry ... now aku nak tido ... mata aku dah berat sangat- sangat ni .. papai 

Isnin, 14 November 2011

Candid Time Contest

Sj telah di tag oleh Cik Syieda untuk join GA yang dianjurkan oleh Cik Muna Rahimah... Hadiah so awesome ... memang gah gempak giler ... korang nak join just klik je kat banner or nama cik rahimah tu ... dah la simple je syaratnye ... jom join!!


ni la gambar yang aku pertaruhkan ... gambar ni diambil masa celebration salah seorang senior kitorang ... aku la yang mempunya kepala melengah-lengahkan dia .. hahahaha ... 

V
V
V
V


Sj tag : Aima Mazlan dan Cik Nabila


Jumaat, 11 November 2011

...Isu Anak Chef Wan...

dah beberapa hari aku tak update papekan .. trafik pun slow dah jadi nya ... actually aku nak update isu ni semalam tapi tak jadi pasal adik aku nak pakai laptop lak ... so ari ni baru la aku berjaya nak update isu ni ... aku rasa satu malaysia dah tahu anak chef wan .. tukang masak paling best malaysia selain my mum ... well kali ni anak nya iaitu chef riz telah pun memalsukan CV nye atau curicullum vitaenya aka resume dalam rancangan masakan master chef malaysia... dia kan salah seorang judges... masalahnya pembohongan dia tu dahsyat sangat.. dia bohong dia pernah berkerja diluar negara dan restorannya lak bukan calang-calang restoran ... agak ternama kot... tapi aku amat tabik kat chef wan ... dia sangat profesional ... adil la ... kalo daddy orang len mesti dah pasang lawyer semua even kalo dak sekolah kene jentik pun father diorang dah saman cikgu tapi dia terima dan nasihatkan anaknya... ni aku sertakan post dari laman sosial facebook fan page chef wan fan club...


Ahad, 6 November 2011

Follower 205 blog Sj

Alhamdulilah ... Aku dah jumpa dah FOLLOWER ke 205 blog Sj ... dan blogger yang bertuah itu ialah ... jeng jeng jeng ...


cik Fexxa aka  Blog Keledek Goreng ... aku tak tahu la kenapa nama blog dia keledek goreng mungkin sebab dia suka makan keledek goreng agaknye ... Cik Fexxa kita ni umur dia baru 15tahun ... orang johor ni .. sama macam aku gak ... dia stay permas jaya aku kat kulai je ... hehehe terpromote diri lak .. hahahah orangnya memang comel ... senyum pun memang menawan la ... huhuhuhu dia nya blog banyak kaler hijau.. adik suka kaler hijau ke??? kalo korang nak terjah blogger yang bertuah ni klik banner or kat sini pun ok ... untuk few thing yang aku kata nak tambah tu ... aku akan umumkan nanti bile aku dah pergi cari ... ni tak sempat lagi .. sori ye cik keledek goreng .. heheheh 

p/s aku saje je amek gambar dengan orangnya sekali ... baru korang nampak puan tanah kedaungnya ... huhuhuhu


~Selamat Hari Raya Aidil Adha~

Salam Aidil Adha ...

dalam kepenatan dan rasa mengantuk yang teramat sangat ni ... Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha ... Alhamdullilah tahun ini masih dapat lagi jumpa Hari Raya korban... tapi belum makan daging korban lagi ... hahahah makan je aku ingat ... Pagi ini bile buka je blog ... Alhamdulilah bersyukur sangat -sangat bila tengok follower dh cecah 204 orang ... sape la follower yang akan menjadi follower yang ke 205... tak sabar rasanya nak tunggu ... aku mencari follower yang ke 205 pasal korang perasan tak url tu ialah sj205... heheheh sapekah yang bertuah ye ... blogger yang bertuah aku akan buatkan entry khas untuk dia and also mungkin ada lagi few thing later on aku tambah ... hehehehe tak  sabar rasa nya nak tunggu ni heheheh


Rabu, 2 November 2011

Petua Merawat Rabun

sape yang ada masalah macam aku ni ... maksud aku yang rabun ke ape ke yang berkaitan dengan mata.. sila angkat mouse anda tinggi-tinggi ... huhuhuhuhu 
ok jumpa something yang very good untuk di share dengan korang semua ... ni adalah salah satu cara atau petua dari Rasullulah bagi menyembuhkan mata yang bermasalah ... 


Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

• Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

• Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

• Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

• Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

• Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan".


Segmen Cik Bunny : Jom Blog Walking

Aku telah di invite oleh cik bunny untuk join segmen yang dia anjurkan ni .. orang dah jemput kita ada kelapangan jadi ape salah kite penuhi kan kan kan ... kalo korang rasa cam nak join je ... korang just klik je banner kat bawah ni k ...


Selasa, 1 November 2011

Segmen| Lulu Caldina Ajak Blogwalking



join-join .... best ni segmen cik lulu ... selalu membantu blogger kecil macam aku ni .. korang nak join klik aje banner tu ... mudah je kan ... heheheh