Subscribe:

Rabu, 21 Disember 2011

Most Expensive Laptop

Hari ini aku tak nak cite panjang-panjang.. isu aku mudah aje "Laptop Termahal Di Dunia"... perincian memang awesome plus harga memang pergh AA++++... tak mampu aku nak beli seyh huhuhuhuhu...

1. Luvaglio One Million Dollar Laptop




aku nak terangkan pun susah jadi korang faham sendiri la feature yang ada kat dalam laptop 1 juta ni...
" a Blu-ray drive, 128GB solid-state drive, a built-in USB memory stick and MP3 player, and a curious "integrated screen-cleaning" feature. Only one machine is being manufactured, and the lucky big-timer who purchases the notebook can furnish it in his or her choice of precious metals, leathers, and real woods. Perhaps most intriguing of all is that the One Million Dollar Laptop will never become obsolete; its design allows for component upgrades, so trust-fund babies can check stock quotes on a machine that's always cutting-edge"

2. Tulip E-Go Diamond  $355,000



laptop ni spefikasi bese je sam macam laptop lain.. tapi kalo luaran dia memang sangat hebat.. laptop ni luaran nya dikelilingi dengan high quality leather.. dibentuk bercirikan beg tangan wanita ... kat laptop ni ada berlian, kemasan chrome and macam-macam lagi la sampai ada orang gelarkan dia as the bling laptop..


3. Ego for Bentley $20,000


bagi aku laptop ni hanya untuk perempuan dengan rupanye tu plus lagi feature tu simple sangat.. bese je nothing special tapi laptop ni boleh custom dianye luaran tu mengikut kereta bentley siap dengan logo bentley lagi awand laptop ni biasanya dibeli oleh wanita kaya hanya sekadar untuk bergaya... sangat tidak berbaloi ...

4. Voodoo Envy H-171 $8,500


kalo ko cari laptop yang berprestasi tinggi inilah laptop yang korang boleh pilih pasal ape ... let see

- Intel Core 2 Extreme X6800 processor
- 4GB chunky RAM
- Nvidia Quadro FX Go 2500M grafik chipset berkembar
- 1.3MP webcam
- dua hard drive 250GB
- 7-in-1 card reader
- 2 layer dvd drive
- high resolution 17-inci 1920 × 1200
- casing yang boleh ditukar dengan 25 warna dan boleh memilih dari 14 tatu..

5. Rock Xtreme SL8 $5,000


aku tak tahu sangat pasal laptop ni tapi yang aku tahu laptop ni antara laptop yang dikatakan terpantas di dunia...


6.Alienware Area 51 $5,000


7. Lenovo Thinkpad W700DS $4,500



8. Toshiba Qosmio G-35-AV660 $3,500


9. Dell M6400 $3,000


10. Acer Ferrari 1100 $3,000


ni yang paling aku suka sekali ... hehehehehe  ... Acer Ferrari kelihatan seperti Supercar Itali yang dibina dengan reka bentuk ultralight, pakai casis gentian karbon tahan-. bagi ciri-ciri komputer AMD Turion X2 Dual-Core CPU, 4GB RAM dan WiFi Draf-n di mana anda akan mendapatkan kereta Prestasi seperti Ferrari. Harga yang cukup baik yang $ 3000 tetapi reka bentuk sangat layak untuk dibeli untuk prestasi dan rupa.
p/s sekian terima kasih ... (^^)v

Isnin, 19 Disember 2011

Ahad Dan Kerja

Semalam orang semua sedap sedap duduk umah aku ngah berhempas pulas kerja... hahhaha semua orang tertanya aku ni kerja ape sebenarnya ... mana taknya setiap kali orang tanya aku jawab aku drebar la , tukang hantar tong la ... dah nak confuse dah dorang ni ...

hari ni aku nak pecah rahsia ape sebenarnya pekerjaan aku ... sape kawan kawan yang baca blog aku untunglah sebab dah tahu ... yang mana tak nasib lerh lerh lerh ...

aku keje sebagai assistant logistic dekat SWM Enviroment ... SWM ni dia wat perkhidmatan angkat sampah untuk johor, melaka dan negeri sembilan ... and my office dekat permas jaya ... dan kerja aku adalah mencapai target untuk hantar bin @ tong sampah kepada setiap penduduk johor yang SWM ada wat servis dia ... tapi program ni akan dijalankan secara berperingkat peringkat.. aku nya bahagian hanya dia johor sahaja ,, melaka dan negeri sembilan dia ada unit logistic dia sendiri.. so aku tak yah nak sibuk sibuk kacau rumah tangga dorang ... wakakaka.

semalam 1st event kitorang ... jom check out kempen hantar tong kitorang semalam ...


... ni masa 17-12-2011, hari sabtu tengah prepare untuk esoknya...


... macam berat je kan tong tu hehehehe... 


... sedang mengira tsb yang ada...

HARI BERSEJARAH 


... aku kene jaga kaunter registration...


... seksi seyh amoi tu, sakit mata wa tengok lorh...


... semua gambar aku dari tepi aje... hohoho....


... kaunter customer service...


...kaunter verification...


... kaunter distrubation...


...boss- boss lak bergambar bersama YB Mok...






Rabu, 14 Disember 2011

Naufal Farewell

Hari ni last day my officemate Mohd Naufal Bin Abdul Kadir berkhidmat untuk SWM Enviroment... dia dah dapat tawaran kerja baru kt KL ... dia memang seorang lelaki yang baik, very maskulin and metroseksual guy, funny and sangat suka menyanyi luckily suara dia sedap kalo tak abeslah telinga kitorang kat dalam office ni... hahahaha so hope dia berjaya la dalam ape sahaja yang dia lakukan kelak and hope dia gembira dengan keputusan dia ni ... Aku as dia punye frenz sentiasa mendoakan dia ... tak mahu cakap banyak-banyak  korang tengok la gambar-gambar kat bawah ni ye ...

naufal if u read this, i just want to wish good luck and i will pray for ur success in future.. plus kawin jangan lupa jemput ... hehehehhe


...ni la dia si mohd naufal yang kuat menyanyi ni...


... cenderahati yang disampaikan oleh big boss n dia dapat gelaran anak emas ccd , bangga tu ...


...saat akhir bersama naufal...


...saat akhir makan bersama sebelum kerja kat tempat baru...



...bersama bos CCD...


...finally he crying hahhaha.. love this pic huhuhuhu...


...dakapan terakhir...




Khamis, 8 Disember 2011

Mesej @ Surat Berantai

wah dah lama kan aku x meng update blog aku ni ... dah penuh dengan segala sampah sarap dan  sawang bagai dalam blog aku ni .. eh tapi aku jengah just tak sempat nak update pape je ... bukan tak nak update tapi masa tu asyik tak kene je ...

isu aku ari ni , isu yang dah lama aku pikir kenapa atau atas sebab ape mereka ni buat macam tu ... korang pernah tak dapat mesej or surat  berantai  .. masa zaman aku sekolah dulu pakai surat.. contohnya macam ni :

surat :
photostat surat ni jika anda telah membaca nye jika tidak anda akan ditimpa musibah "

mesej :
" jika anda sayangkan islam , send msj ni ke 10 orang dan anda akan mendapat kebaikan jika tidak anda akan ditimpa musibah "

ataupun hadis or ayat atau surah  entah sahih ke tidak dia bubuh sepanjang panjang tidak then dia letak la dengan musibah or rahmat kat hujung nya ... kadang - kadang tu  terasa gak nak foward kat member - member tapi bila tengok hujungnya macam tu je automatik terasa menyampah dah ...

ape tujuan dorang bubuh benda-benda macam tu ... excuse me ko diberkati ke tidak ke bukan bergantung pada suma tu ... amal ibadat ko tengok dulu la ... hantar 100 msj sekali pun ... solat yang wajib pun ko tak wat lagu mana weyh ... please STOP all nonsense stuff ni ... niat nak berpesan pesan tu amat la baik Allah pun dah berfirman dalam surah An Ansr tapi kalo ko buat pesanan yang memaksa orang untuk buat macam tu ... mana nak datang ikhlasnya tu ... please la pikir masak - masak sebelum buat sesuatu tu ..

p/s sekarang dorang lagi hebat , dorang pakai FB lak... nasib lerh ...

Khamis, 1 Disember 2011

Design Blog

aku ni teringin nak design sendiri kononnya blog aku.... tapi sampai la ni walau aku dah cuba tapi tak berjaya ..

aku macam takot-takot je nak mengubah segala benda yang ada.. adoi adoi adoi.. ntah ble la kan nak sampai

hajat kat hati aku ni ... 

Ahad, 27 November 2011

Makanan Untuk Otak

Hari ini aku nak bagi info pasal makanan untuk otak... otak ni perlukan makanan gak aw... otak kita ni takde la demand sangat pun .. dia tak nak KFC k McD k or what so ever yang lain-lain tu... meh sini aku bagi list makanan yang bagus untuk otak in term of dari aspek para ilmuwan islam... maksud aku makanan ni para ilmuwan islam yang selalu amalkan ... why not kita juga amalkan ... Aku rasa semua sedar betapa hebatnya ilmuwan dan geniusan islam kita dulu like Ibnu Batuta manusia pertama yang menjumpai petroleum, malah dia gak banyak mengembara di seluruh dunia..

  1. Madu
    - Dalam Al Quraan sendiri telah tersebut madu ni sebagai syifa ... RAJA UBAT... malah baru- baru ni saintis barat pun telah menyatakan madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.. didalam nya terdapat pelbagai jenis vitaman antiseptik protein dan macam-macam lagilah ..

    cara makan : 2 sudu teh pagi dengan malam ...
    pantang: jangan makan dengan  tembikai ... sangat bahaya!!!

  2. Kismis
    -Mengandungi zat besi yang penting untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. bila kurang oksigen menyebabkan korang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan lepas tu nak fikir pun lambat jadinya

    cara makan:
    i )Menghadap Kiblat
    ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
    iii)Baca doa penerang hati
    iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. jangan kunyah macam korang makan kacang aw
    v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari. jangan 21 sekali korang sebat masuk dalam mulut lak.


  3. Susu Segar
    -Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat penting untuk grow body and brain kita. susu mengandungi 6 kelas makanan yang penting untuk badan iaitu protein,kabohidrat, lemak, semua jenis vitamin dan mineral serta air. ia bagus untuk kuatkan tulang belakang,tambah kekuatan otak, baiki penglihatan dan hindari kita dari jadi pelupa. susu yang paling good good ialah susu kambing biri-biri, dan lembu yang segar.

    cara minum: minum pada pagi dan malam

  4. Telur
    - telur ni pun sama kes dengan susu segar banyak khasiat malah saintis pun kata dia antara makanan paling lengkap..  Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur".. Telur paling bagus ialah telur ayam kampung dan telur yang masih baru

  5. Halia
    - halia sangat bagus untuk mengatasi masalah pelupa. selain well as other known bagus untuk buang angin dalam badan . ni boleh makan mentah or korang boleh buat halwa.

    cara makan: makan sikit pada waktu pagi

  6. Limau Oren
    - ni dapat kemaskan korangnya urat jantung dan juga bagi power kat otak korang tu..

  7. Buah Delima
    - ni untuk penerang hati tapi setahu aku sekarang dah susah nak cari dah ni .. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

  8. Daging Burung Merpati
    - daging burung merpati ni dah terkenal sejak zaman raja-raja lagi. kajian telah menyatakan bahawa kanak - kanak yang diberi makan daging burung merpati lebih cepat cakap berbanding yang lain. cara ni memang sangat popular la. sangat efektif untuk kanak-kanak.

  9. Otak Ayam
    - ni aku tak tahu sangat tapi dikatakan boleh buat penawar sementara untuk bisan kene patukan ular.

    cara makan : di masak sup dengan dimasukkan sedikit halia.

  10. Daging Ayam
    - Daging ayam betina yang especially yang virgin  berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

  11. Daging Biri-Biri
    - Menambah darah, memang bagus untuk  orang aktif dan bekerja berat serta boleh meningkatkan kekuatan hafazan. so yang kurang darah tu cuba lah pelagi
  12. Hati
    - terutama hati ayam dengan lembu bagus untuk perkembangan serta kesihatan fizikal dan mental

  13. Kekacang

  14. Buah Badam

  15. Za'Faran
    - ni sangat mahal harganya .. dia kaler merah and berambu-rambu ... digunakan sedikit sahaja

  16. Kemenyam Putih
    - ni ditumbuk halus dan dimakan dengan gula-gula

  17. Bunga Kobis
    -terdapat sejenis asid amino yang bagus untuk mental energy

  18. Bunga Cengkih

  19. Labu
    - Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan
    labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


  20. Buah Kedekai (majalawi)
    - aku tak tahu buah ni ... sape yang tahu tolong beritahu ea... buah ni dikatakan bagus untuk menguatkan hafalan dan juga kekuatan badan.

  21. Minyak Sapi
    -ni boleh bubuh dalam masakan harian dengan kuantiti yang sedikit.

  22. Sayur-sayuran Dan Buah Buahan

p/s cubalah selagi termampu ia dulu masa aku tengah belajar aku memang selalu amalkan susu dan juga kismis sekarang aku amat suka minum madu.. aku pun tak tahu kenapa .. pernah gak aku makan madu dengan cheese cracker sedap ooooo.... jika terdapat sebarang kesalahan harap maaf .. saya budak baru belajar.

Jumaat, 25 November 2011

Tips Nak Mesra Dengan Orang Yang Baru Dikenali

tajuk kat atas tu macam aku nak bagi tips je kat korangkan ... tapi sebenarnya aku nak mintak tolong kat korang ... lagu mana kita nak mesra dengan orang yang baru kita kenali ... i mean kalo kita baru start keje macam aku ni la ... kan payah sikit nak mesra dengan orang ... besenya aku takde masalah sangat dengan hal ni tapi kali ni aku ada masalah lah ... susah lak nak jadi kawan dekat tempat kerja baru ... so aku nak minta tips kat korang semua untuk bantu menyelesaikan masalah aku ni ... PLEASE HELP ME!!!! korang komen kat aku tips nye ... tips yang korang bagi tu ... aku dahulukan Trillionan, Billionan, Jutaan, Ribuan, Ratusan, Puluhan TERIMA KASIH ... muah muah kat korang ... hahahahahahah tolong ea korang ...



Khamis, 24 November 2011

First Day Sj Keje

Tajuk yek-yek je kan ... memang ari ni 1st day aku keje ... bese la hari pertama semuanya okay ... takde yang tak okaynya ... tapi disebabkan wa munya lumah manyak jauh ... badan rasa cam kene hempap dengan jentolak ... itu tak termasuk lagi rasa sakit yang sangat menyengat pada kaki aku ni ... malam ni sebelum tidur kene letak minyak pelincir dulu ni ... bagi setting baik balik semula hahahhaha... aku keje dengan company nama dia SWM Enviroment unit logostik ... buat masa sekarang ahli sidang majlisnya hanya ada 8 orang je ... kitorangnya bos en shamsul and juga en jepri ... okaylah ... ketawa je dok dekat dalam unit ni .. hari ni lepak kat dalam ofis je meeting dan set balik semua dokumen .. esok nak kene keluar pergi sitevisit ... esok bermula la tugas aku sebagai seorang assistant logistic ... huhuhuhuhuhu

p/s aku terlupakan nak cerita kat korang pasal aku dapat dua offer job ... lainkali lah ea... papai

Rabu, 23 November 2011

Harimau Muda

Malam ini Skuad Harimau Muda aku bertemu dengan Syria bagi kelayakan Olimpik ... Terus terang aku kata aku tak letakkan harapan yang tinggi pada dorang pasal ko tengok jela tak silap aku dalam seminggu ini je dia dah main dekat 4 game, 2 game sengit, 3 game main waktu tengah panas terik, lepas tu dengan perlawanan final menentang Indonesia yang sangat teruk kemarin ... dah la kene psiko dengan fans indon .. tak sempat rehat betol-betol dah kene terbang balik ke malaysia plus dengan 3 injured... korang rasa lagu mana tu ... mungkin dorang menang SEA Games tapi tahap kesihatan dorang kita kene tengok gak .. aku agak risau dengan fans fanatik malaysia ni pasal nanti dorang bukan ingat semua perkara ni ... sedap je dia memaki hamun skuad negara kita ni... pada mereka yang menyokong kita tawakal je la ... kalo ada rezeki adalah... kalo takde janganlah dikutuk ye ... jadilah penyokong yang setia jangan waktu menang je sokong ... MARILAH KITA MENYOKONG HARIMAU MUDA !!!!!! oh yeah!!!!



Esok Twilight Breaking Dawn part 1 nak keluar ... so excited nak pergi tengok... boleh tengok jacob... hehehehehe

Khas Untuk Yurn

atas permintaan cik yurn supaya aku menyiarkan gambarnya yang comel ... dia ni memang comel bek hati ,,, cantek lagi cantek kalo dia pkai natural je ... siyes ak cakap ... meh aku bubuh gambar dia kat bawah ni... korang nak jengah cik yurn korang just klik je nama dia tu





....dia sangat cantik kan tanpa make up....


...cantek kan...

p/s kq yurn ... ok x??? hehehhehe



Selasa, 22 November 2011

Aku Pasti Akan Rindukan Kamu

Hello Readers!!!!!  How are you???? seminggu ni aku spent time aku kat KL ... menyertai sebuah kem .. kem apa? itu la yang perlu aku beritahu ... hehehhehe ... JOB CAMP... this camp is under KPT and it running by SCICOM Education ... over there i join group MDEC Batch 11 (MSC)... because my pointer is 3.0 and above ... kat sana kitorang kene selalu speaking untuk improve english skill pasal tu aku cakap BI kat atas tu ... hehehehehe... This camp memang sangat awesome lebih awesome daripada laksa johor yang aku sangat suka tu ...rasa cam masuk tadika balik la kiranya hahahahaha... kelas aku memang superb ... dorang memang sangat menyenangkan ... seminggu aku kat sana alhamdullilah penerimaan dorang memang sangat-sangat baik ... sedih nak tinggalkan kamu semua tapi now i try to catch my dream ... (^^)v doa kan aku ea ...


... ni la gambar aku and the classmate ... takde  dalam gambar tengku, zul, ita dengan wan, queenzhi and pauline dan ina serta yurn...


... waktu rehat ... 


...zul ,, pauline ,, farid...


...tengku ,, sha and the class rap khairul...




... makan time ...


..last day with them..


... 3 awek comel... 


... ada je terselit dak khairul ni ... 


... mama yurn aka drama queen aka queen dancer... huhuhuhuhu...


.. nama kelas aku is MADRID tapi ari ni dorang dah tukar pergi Colombo lak ...

...to be there such a miracle but today feel weird when i not part of them when think that i maybe cannot met them anymore.. sayonara everybody hope that all of you will success in everything you do...

p/s video kat bawah ni khas untuk korang .. DON'T WANT AN ENDING  by sam tsui